Posted by
Malaysian Indie Entertainment
Monday, January 19, 2009
at
7:05 PM
Long live indie!! Seperti yang diharapkan ramai, underdog Meet Uncle Hussain dengan karya “Lagu Untuk Mu” muncul Juara Lagu tahun ini dalam Augerah Juara Lagu 23 (AJL 23), meneruskan trend yang dimulakan Estranged tahun lepas. Mereka juga meraih gelaran Juara Pop Rock.
Berikut adalah keputusan Anugerah Juara Lagu 23 (AJL 23):
Juara Lagu ke-23: “Lagu Untuk Mu” (Meet Uncle Hussain) Juara Etnik Kreatif: “Persoalan Cinta” (Farawahida) Juara Balada: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir) Juara Pop Rock: “Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain) Persembahan Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir) Vokal Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Tahniah Kepada Para Pemenang Anugerah Juara Lagu 23 (AJL 23)
Posted by
Malaysian Indie Entertainment
at
6:57 PM
jika ada yang berfikiran pemenang Juara Lagu ke-23 ini kini mempunyai alasan yang lebih kukuh untuk besar kepala, kenyataan mereka ketika sidang media AJL23 malam tadi pasti mengecewakan.
“Kami melihat kemenangan kami malam ini sebagai rezeki. Tapi rating dan harga kami selepas ini masih sama lagi.”
Harap-harap jiwa indie mereka tidak akan ditelan populariti mainstream yang bakal dirasai.
Walaupun ada yang mempertikaikan kemenangan mereka, tapi bagi ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-23, komposer terkenal Azmeer, Meet Uncle Hussain, dalam satu perkataan, “bagus”.
“Mereka sebuah kumpulan yang perjuangkan muzik yang fresh, baru. Vokal Lan baik dan stage presence mereka mantap walaupun persembahan mereka bersahaja. Mereka adalah juara untuk perjuangkan lagu-lagu terkini.”
Audi Mok, komposer lagu “Sampai Syurga” yang memenangi kategori Balada di AJL23, berkongsi pendapat yang sama.
“Saya gembira mereka menang. “Lagu Untuk Mu” adalah lagu pertama yang saya dengar yang membuatkan saya ingin ada sejarah dengan mereka. It’s a truly Malaysian song. Bagi saya, panel juri memang berani untuk memilih lagu ini sebagai Juara Lagu. Kemenangan Meet Uncle Hussain has opened doors for me to do more things. I’m thrilled beyond words. Jika “Sampai Syurga” telah menang, saya akan gembira but it would be like what else is new?
Walaupun terpaksa menunggu 7 tahun, 3 bulan, 90 hari untuk menerima pengiktirafan seperti ini, namun semua penat lelah dan kekecewaan yang dilalui berbaloi akhirnya. Jika sebelum ini bukan main payah untuk menyakinkan penaja untuk melabur duit ke atas muzik mereka, kini duit kemenangan mereka akan digunakan sebaiknya untuk mengembangkan muzik mereka.
“Kami akan fokus pada material baru dan kami harap peminat muzik tempatan akan terus menghargai muzik indie. Sebenarnya kami langsung tak sangka yang kami akan menang. Mungkin sekarang trend untuk band. Tahun depan, siapa tahu. Tapi nampaknya mentaliti orang Malaysia semakin terbuka kepada benda-benda, muzik yang baru.”
Welcome , Selamat Datang.Blog ini adalah untuk menyokong industri muzik .Support our local music.Blog ditubuhkan pada hari Jumaat, November 28, 2008. Sekian Terima Kasih