Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

BUNKfACE record


Bunkface bersama cewek2.
BUNKFACE





Kumpulan pop-punk remaja terhangat negara ini lawan tauke ke? Bukan apa, sebagai nama yang terhangat di dalam roster tersebut, tentulah Bunkface lebih disambut oleh industri berbanding rakan-rakan selabel yang lain, termasuk Reshmonu sendiri, pengasas RRecords dan juga bekas calon AIM, kerana beliau kurang aktif sejak kebelakangan ini.

Jurang populariti di antara Bunkface dan artis-artis lain mungkin melihat perhatian yang diberi label tak serata. Apa cerita Resh?

Jelasan tauke besar RRecords itu: “Ya! Memang Bunkface hangat malah mereka yang berpotensi sekali untuk mara ke Hollywood ataupun ke mana-mana ‘entertainment hub’ di luar negara. Itu sebabnya saya ambil mereka untuk label baru saya ini.

“Akan tetapi, gambaran lebih besar adalah untuk mengimbangi populariti dan daya tarikan Bunkface dengan artis-artis lain yang membawa personaliti, gaya dan bunyi yang lain-lain yang cukup menarik dengan cara mereka tersendiri, untuk menawan pendengar yang berlainan ‘taste’. Semua ada – semua citarasa ‘urban’ diketengahkan, dan di RRecords kami memang berfalsafah sebagai sebuah label ‘urban’.”

dipetik dan digubah dari : gua.com.my

YUNA resah !!!


Yuna terkenal dengan lagu Dan sebenarnya





Bukan cuba meninggi diri, jual mahal atau ego, namun Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 23, ternyata mempunyai prinsipnya sendiri dalam membina nama sebagai seorang penyanyi, pemuzik, penulis lirik dan komposer muzik Indie tempatan.

Tegas gadis bertudung yang semakin dikenali menerusi lagu Dan Sebenarnya ini, dia hanya akan memilih untuk membuat sesuatu persembahan sekiranya dia rasakan benar-benar perlu.

Sekiranya tidak, dia yang handal bermain gitar akustik ini lebih suka mendiamkan diri serta menjalani kehidupan seharian seperti biasa sambil meneruskan kerja-kerja pembikinan lagu di studio yang tidak pernah selesai.


"Pada saya, apa saja yang saya lakukan haruslah bergantung kepada keputusan peribadi saya sendiri. Malah, saya lebih suka menjalani kehidupan secara privacy berbanding populariti. Cara begitu lebih menyenangkan diri saya.

"Kalau orang sudah banyak kenal saya, ia mula membuatkan saya terasa kekok. Saya juga segan dan tidak suka melihat diri saya sendiri di kaca TV. Mungkin, saya perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan.

"Saya tidak nafikan segelintir artis Indie yang lain memang gemar meraih populariti yang sedemikian rupa. Mungkin mereka sudah memilih jalan yang seperti itu. Tapi, itu bukan saya. Saya lebih suka dengan cara begini," katanya .

Yuna ditemui sewaktu menjayakan penggambaran drama Cinta Sempurna untuk terbitan Oasis. Dalam drama tersebut dia telah menjadi dirinya sendiri dan membawakan lagu tema drama tersebut di dalam sebuah majlis hari jadi.

"Cinta Sempurna agak berbeza dengan Dan Sebenarnya kerana ia bersifat lebih dark dan melodinya pula lebih perlahan. Saya bercadang untuk memuatkan lagu ini dalam album studio saya nanti.

"Saya bercadang untuk keluarkan album studio saya itu nanti pada penghujung tahun ini. Ramai yang sudah bertanya bila lagi saya akan keluar dengan album. Tapi, saya tidak mahu melakukannya secara terburu-buru. Untuk apa saya buat album ini secara cepat sedangkan hasilnya tidak seberapa? Kalau boleh saya mahu hasil yang diperolehi daripada pembikinan ini nanti memuaskan hati saya.

"Sungguhpun begitu, saya sudah pun menyiapkan EP yang mengandungi 5 lagu iaitu Backpacking Around Europe, After Midnight, Dan Sebenarnya, Blue Sands dan Deeper Conversation.

"EP ini boleh mereka perolehi secara mail order menerusi laman myspace saya di alamat myspace.com/ yunaroomrecords," katanya pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini

dipetik dan digubah daripada : Murai.com.my

Lan Bersama The Type Writer

Lan Bersame dengan ahli kumpulannya The Type Writer




TERTUBUHNYA band baru digelar Azlan & The Type Writer (ATTW) maka tercetusnya visi dan misi baru dalam hidup vokalisnya, Lan yang sebelum ini dikenali menerusi band Meet Uncle Hussain (MUH).

Seperti band-band lain, ATTW juga mengimpikan sesuatu yang lebih baik berlaku dalam bandnya nanti.

Seiring dengan pemilihan nama ATTW, Lan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee memberitahu dia mengaitkan nama mesin taip dengan band itu.

Menurutnya, nama ATTW mempunyai maksud yang tegas kerana setiap perkara dan risiko yang berlaku dalam band itu akan ditanggung olehnya sendiri.

Sementara mesin taip pula memberi simbolik kepada muzik yang turut bertapak seiring dengan era tahun 70-an.

“Kalau boleh kami juga nak main muzik satu dunia dengan membuat lagu dalam versi bahasa Inggeris.

“Sebab apa Michael Chemical Romance boleh bawa muzik mereka ke sini (Malaysia), kerana bahasa Inggeris.

“Oleh itu, kami tidak malu untuk bertanya dan belajar antara satu sama lain dengan band-band yang ada sekarang seperti macam mana nak dapat ‘show’ dan apa prosedur untuk ke luar negara,” kata Lan yang mengenali rapat dengan band Hujan dan Pesawat.

Selain itu, Lan sudah mengatur strategi tersendiri dalam ATTW dengan membawakan genre rock alternatif serta mengekalkan perjalanan band yang bergerak secara indie.

“Kami akan menekankan dari segi susunan muzik dan lirik yang berbeza iaitu lirik lagu-lagu kami tidak terlalu berterus-terang tetapi lebih mendalam.

“Pendengar perlu menghayati bait-bait lirik itu baru faham. Kami menjadikan kumpulan BPR sebagai idola kerana kami akan menjadikan mereka sebagai contoh dan lenggok bahasa kami akan menjadi lebih kurang sama dengan mereka,” ujar Lan.

Jelas Lan, dia tidak mengharapkan lebih tetapi hanya mahukan semua peminat boleh menerima muzik ATTW termasuk band lamanya, MUH.


source : mstar

Calon Anugerah Planet Muzik 2009 (APM)

Antara Calon Anugerah Planet Muzik 2009 (APM)


Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru lelaki)

Afgan dengan album Terimakasih Cinta, Aizat (Hanya Kau Yang Mampu), Dirly (Sampai Keujung Dunia), Lobow (Kau Cantik Hari Ini) dan Nubhan (Ada Untukmu).

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru wanita)

Aura Kasih dengan album Mari Bercinta, Ayu (Hanya Di Mercu), Cinta Laura (Oh Baby), Nana (Lafaz), Stacy (Aku Stacy) dan Yuna (Dan Sebenarnya).

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (dua atau kumpulan baru terbaik)

D'Masiv dengan album Cinta Ini Membunuhku, Hello (Ular Berbisa), Hujan (Pagi Yang Gelap), Kotak (Masih Cinta) dan ST12 (Puspa).

Kolaborasi terbaik dalam lagu

(a) Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq; (b) Bersamamu (Artis: Joe Flizzow feat Joeniar Arief, penggubah lagu (songwriter): Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed, dan penulis lirik: Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed); (c) Hikayat Cintaku (Artis: Glenn feat Dewi Persik, penggubah lagu: Glenn Fredly, dan penulis lirik: Glenn Fredly); (d) Kepadanya (Artis: Taufik Batisah feat Hady Mirza, penggubah lagu: Taufik Batisah, dan penulis lirik: Taufik Batisah); (e) Mantera Beradu (Artis: Malique feat M. Nasir, penggubah lagu: Malique, D'Navigator & M. Nasir, dan penulis lirik: Malique & M. Nasir) dan (e) Sujud (Artis: Mawi & KRU, penggubah lagu: Edry, dan penulis lirik: Edry).

Artis lelaki terbaik

Afgan dengan album, Confession No. 1, Aizat (Percubaan Pertama), Reshmonu (Harapan), Taufik Batisah (Suria Hatiku) dan Tompi (My Happy Life).

Artis wanita terbaik

Bunga Citra Lestari dengan album, Tentang Kamu, Misha Omar (Misha Omar), Mulan Jameela (Mulan Jameela), Nikki (Hawa) dan Siti Nurhaliza (Lentera Timur).

Duo atau kumpulan terbaik

Andra & The Backbone dengan album, Season 2, Hujan (Hujan), Kotak (Kedua), ST12 (Puspa) dan Yovie & Nuno (The Special One).

Lagu terbaik

(a) Dia Milikku dengan album The Special One, artis: Yovie & Nuno, penggubah lagu: Yovie Widianto dan penulis lirik: Yovie Widianto. (b) Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring) (c) Matahariku (Album: - , artis: Agnes Monica, penggubah lagu: Pay & Dede dan penulis lirik: Yuan Passer) (d) Pagi Yang Gelap (Album: Hujan, artis: Hujan, penggubah lagu: Noh Hujan dan penulis lirik: Noh Hujan) (e) Terimakasih Cinta (Album: Confession No 1, artis: Afgan, penggubah lagu: Mario Tobing dan penulis lirik: Mario Tobing) dan (f) Terserah (Album: Private Collection, artis: Glenn Fredly, penggubah lagu: Glenn Fredly dan penulis lirik: Glenn Fredly)

Album terbaik

Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka; Hujan (Artis: Hujan, Produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka); Kedua (Artis: Kotak, Produser: Pay); Percubaan Pertama (Artis: Aizat, Produser: Dato Amdan, Mujahid & Aizat); The Special One (Artis: Yovie & Nuno, Produser: Yovie Widianto & Jan Djuhana).

Artis Singapura paling popular - berdasarkan SMS

Aliff Aziz, Didicazli, Fauzie Laily, Hady Mirza, Hyrul Anuar, Imran Ajmain, Merah, Nurun Nuwarrah, Sleeq, Taufik Batisah, The Sallys dan Zaibaktian.

Artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS

Aizat, Anuar Zain, Bunkface, Estranged, Faizal Tahir, Hujan, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Siti Nurhaliza, Stacy dan Yuna.

Artis Indonesia paling popular berdasarkan SMS

Afgan, Agnes Monica, Bunga Citra Lestari, D'Masiv, Gita Gutawa, Hijau Daun, Kotak, Nidji, ST12, The Changcuters, Ungu dan Yovie & Nuno.

Artis serantau paling popular berdasarkan SMS

Singapura: Aliff Aziz, Ahlifiqir, Hady Mirza dan Taufik Batisah.

Malaysia: Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussain dan Siti Nurhaliza.

Indonesia: Afgan, Agnes, Nidji dan ST12.

Lagu paling popular (Singapura) berdasarkan SMS

Andai oleh artis Merah, Berserah (Taufik Batisah), Gelora Jiwa (Raven), Impianku (Didicazli), Kau Ingin Ku Miliki (Nurun Nuwarrah), Lafaz (Nana), Lelaki Baru (Zaibaktian), Novela Cinta (Ross Revalina), Pilihan Aku (Sleeq), Rela Setia (Didicazli), Sementara (Cradle) dan Teman Istimewa (Taufik Batisah).

Lagu paling popular (Malaysia) berdasarkan jumlah muat turun

Lagu paling popular (Indonesia) berdasarkan jumlah muat turun.

Anugerah Cinta Planet Muzik - khas untuk artis atau organisasi yang memberikan sumbangan tanggungjawab sosial. Contohnya, artis, Zainal Abidin menjaga alam sekitar.

Anugerah Khas Planet Muzik - ditujukan kepada insan seni yang terus-menerus memberikan sumbangan terhadap industri muzik

Hujan Maju Kehadapan - 6 Percalonan dari Anugerah Planet Muzik 2009 (APM)


Vokalis Hujan, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh. - foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

BAND indie Hujan mempertaruhkan dua album popularnya, Hujan dan Pagi Yang Gelap untuk mendahului pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 dalam enam kategori utama.

Enam kategori utama tersebut ialah persembahan vokal terbaik dalam lagu (dua atau kumpulan baru terbaik), duo atau kumpulan terbaik, lagu terbaik, album terbaik, artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS serta artis serantau paling popular berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ini diikuti oleh bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Aizat dengan empat pencalonan utama. Penyanyi berbakat ini bersandar kepada dua lagunya, Hanya Kau Yang Mampu dan Percubaan Pertama.

Aizat dicalonkan dalam kategori persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru lelaki), artis lelaki terbaik, album terbaik dan artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS.

Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen berkata, program itu bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi ianya juga menyediakan satu peluang kepada penggiat muzik serantau bergabung atas satu misi, iaitu muzik.

Menurutnya, anugerah tahunan kali kesembilan yang berprestij dan gilang-gemilang itu melibatkan pemuzik-pemuzik dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

"Anugerah Planet Muzik merupakan platform terbaik untuk mengukur kehebatan, memperjuangkan hasil kerja, memperdengarkan kualiti muzik ke negara lain.

"Anugerah ini juga membantu para penggiat muzik membawa muzik serantau dari tiga negara ke satu destinasi!" katanya pada sidang akhbar pengumuman finalis kategori-kategori APM 2009 di Kuala Lumpur, semalam.



Keputusan Anugerah Industri Muzik 16 ( AIM 16)



Berikutan senarai pemenang-pemenang Anugerah Industri Muzik 16 (AIM16) (sebahagian). 

Album Terbaik

Lentera Timur – Dato’ Siti Nurhaliza 

Lagu Terbaik
Nafas Cinta – Misha Omar 

Artis Baru Terbaik
Meet Uncle Hussain 

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Aizat – Lagu Kita 

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita 

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Raihan – Assubhu Bada 

Album Rock Terbaik – Artis/Produser
Hujan – Hujan/Noh Hujan 

Lagu Rock Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Bila Aku Sudah Tiada – Noh Hujan/Noh Hujan (Hujan) 

Album Pop Terbaik – Artis/Produser
Misha Omar – Misha Omar/Ramli MS, Ajai, Aidit Alfian, Azmeer, Cat Farish & Nurfatima 

Lagu Pop Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer/Loloq (nyanyian Misha Omar) 

Album Pop Etnik – Artis/Produser
Lentera Timur – Dato’ Siti Nurhaliza/Johari Teh, Johan Nawawi, Aubrey Suwito, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan, Pak Ngah, Zul Mahat, S.Atan & Siti Nurhaliza 

Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Nafas Cahaya – M.Nasir/Loloq (nyanyian Misha Omar) 

Album Hip Hop Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Mentera Beradu – Malique, D’Navigator & M.Nasir/Malique & M.Nasir (nyanyian Malique feat. M.Nasir) 

Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
OK – DJ Fuzz, Malique & Cat Farish/Malique & Cat Farish (Malique feat Fabulous Cats) 

Album Nasyid Terbaik – Artis/Produser
Nostalgia Nadamurni – Rabbani/Salleh Brotherz 

Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim/Ito Lara (nyanyian Rabbani) 

Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis/Produser
President – Joe Flizzow 

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
KL Streets – Malique & D’Navigator/Malique (Malique feat Lah Ahmad

Album Cina Tempatan Terbaik – Artis/Produser
Will Be Good – Will Ng/Cheng Lee, Will Ng & David Koon 

Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Man Jiang Hong – Alex San/Ah Guan (Man Jiang Hong) 

Album India Tempatan Terbaik – Artis/Produser
Ethirrpaarkiren – Anbarasan & Anuratha 

Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Ethirrpaarkiren – Anbarasan/Divya Saraswathy (Anbarasan & Anuratha) 

Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
Ayat-Ayat Cinta – Rossa 

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah
Audi Mok – Pada Cintanya – Dato’ Siti Nurhaliza 

Video Muzik Terbaik – Pengarah
Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) (Butterfingers) 

Anugerah Wirama
Habsah Hassan


Tahniah kepada para pemenang. Kepada yang kalah, cubalah pada tahun depan. Apa-apapun taniah sekali lagi kepada para pemenang Anugerah Industri Muzik 16 ( Aim 16 ). Support our local music !!!.

Pure Vibracion Hidupkan Reggae

Love and peace semua!

Tolak tepi dulu fenomena “kopi reggae”. Sekarang, reggae buatan Malaysia yang sebenar tiba dengan kemunculan kumpulan Pure Vibracion yang keluar dengan album pertama mereka dua hari lepas.

Parti pelancaran album ‘Love And Peace’ yang berlangsung di Urban Attic, Capsquare itu serba ‘happening’ dengan warna-warna, bendera, jendela dan poster-poster hijau-merah-kuning yang melambangkan simbol universal reggae.

Pada sedara-sedari yang tak tahu, Pure Vibracion telah dikenenkan sebagai duta rasmi Malaysians for Peace, semestinya satu usaha amal yang dibiayai oleh Dato’ Mukhriz Tun Mahathir sendiri.

Persembahan pelancaran mereka memang hebat dengan satu showcase merangkumi satu album penuh kecuali dua lagu iaitu “Burning” dan “Keroncong”.

Single terawal Pure Vibracion yang sudahpun menduduki tempat teratas carta radio Inggeris tempatan, “Mi Gal”, turut dihidangkan secara live bersama dua single terbaru yang dijangka hit di awangan radio tanahair iaitu “Love” (featuring Liyana Estrella) dan juga “Pesan Nenek”.

Kata penyanyi utama Pure Vibracion, Joe, sebaik sahaja tiba di atas pentas: “Reggae music is about love, dan kami membawa mesej itu pada anda semua bukan malam ini sahaja tapi sepanjang hayat kami.”

Majlis yang dianjurkan Laguna Music itu turut menjemput kumpulan gegendang tradisi Aseana Percussion Unit selaku akta pembuka yang riuh dan bertenaga.

Jadi, tunggu apa lagi? Kepada peminat-peminat reggae semua, dapatkan pakej digital album ‘Love And Peace’ yang memuatkan 11 buah lagu reggae yang bermutu melalui laman web dan show-show mereka ataupun di kedai muzik kesenangan anda.

Jenguk-jenguk juga ulasan album Pure Vibracion , dan lawati mereka di laman purevibracion.com.

Pure Vibracion sememangnya bersungguh-sungguh dan bergaya sekali menghidupkan cara hidup reggae di Malaysia, dan mereka menjemput sambutan anda juga!


sumber - Gua.com.my

Revolusi Blog Malaziy

Blog Versi Baru


Blog versi lama

Yang Mana  satu Korang suka, versi baru atau versi lama. Pendapat korang amat diperlukan. Sekian terima kasih. Selamat melawati blog ini . Teruslah sokong Muzik Tanah air kita dan belilah album yang ORIGINAL. 


HUJAN Jadi Duta MyVi


Ha, belum lagi kahwin, rezeki semakin melimpah-limpah bagi kugiran Hujan dan penyanyinya Noh, yang barangkali semakin sesuai digelar “Mawi versi indie”.

Di ambang menjayakan jelajah sulung mereka ke Indonesia bulan ini, sebelum bertolak tempoh hari Hujan dikurniakan dua biji kereta Myvi model terkini, selaku duta indie yang pertama buat kereta Perodua itu. Sifu rock tanahair, M.Nasir, telah dimartabatkan sebagai selebriti tanahair pertama menjadi duta rasmi Myvi.

Kedua-dua buah kereta itu kini dipakai oleh Noh dan Am, drummer Hujan yang menjadi anggota terawal kumpulan itu bersama Hang Dimas tiga tahun lepas. Mereka turut mendapat sebanyak RM200,000 wang tunai sebagai bonus menandatangani kontrak ‘endorsement’ selama setahun.

Dikhabarkan teman-teman terdekat Noh, bahawa disebalik silap faham dan buruk sangka terhadapnya di kanta mata umum, dia ni memang rajin bersedekah. Sekali bagi, 10 riya, 20 riya. Di kediaman sementaranya di kondominium Prima 16, Petaling Jaya yang dikongsi bersama bassis Hujan, Jaja, Noh juga biasa menapau berbelas-belas bungkusan teh ais untuk para pak guard Myanmar yang bertugas mengawal kondo itu.

Cayalah Noh. Untuk kita, usah cemburu, sebaliknya jadikannya sebagai satu contoh, insya Allah, rezeki masing-masing pun turut murah nanti. Syabas dan terus maju Hujan!


sumber GUA.com.my

Butterfinger "BEREHAT"

KUMPULAN Butterfingers merupakan antara kumpulan independent rock moden yang berjaya mempertahankan populariti dan kerjaya mereka yang cukup konsisten dalam persada muzik tanah air sejak ditubuhkan 16 tahun lalu.

Buktinya, Butterfingers yang dianggotai oleh Emmett selaku gitaris serta vokalis, Loque (gitaris), Kadak (bassis) dan Loco (drum) masih diminati ramai peminat di mana sehingga kini mereka telah pun menghasilkan lapan album.

Penerimaan para peminat pula misalnya, dapat dilihat apabila setiap ruang konsert kumpulan yang ditubuhkan di Kuala Lumpur (KL) pada 1993 itu tidak pernah lenggang dengan para peminat muzik rock dari dulu sehinggalah ke saat ini.

Lambang Sari, Istana Budaya (IB), KL pada pertengahan bulan lalu telah membuktikan hakikat itu apabila ia diserbu lebih 500 peminat Butterfingers ketika mereka mengadakan persembahan selama dua hari berturut-turut di pentas yang berprestij tersebut.

Bagaimanapun, itu mungkin merupakan persembahan Butterfingers yang terakhir dalam waktu terdekat ini kerana mereka mahu menumpukan perhatian terhadap haluan masing-masing termasuklah dalam bidang pelajaran.

Menurut Loque, dia sebagai contohnya akan menghabiskan pengajiannya dalam bidang muzik di Kolej Berklee, Boston, Amerika Syarikat sehingga hujung tahun ini sebelum merancang aktiviti-aktiviti terbaru bersama Butterfingers pada masa depan.

“Ini bukanlah konsert terakhir Butterfingers. Malah, kami juga belum berpecah. Kalau ada khabar angin yang mengatakan kami akan berpecah, ia tidak benar sama sekali. Ini kerana, setakat ini Butterfingers tidak pernah berpecah dan kami masih aktif bermain muzik.

“Cuma kali ini kami mungkin akan ‘berehat’ panjang sedikit iaitu sekitar enam tahun kerana sebab-sebab yang tertentu. Emmet pula misalnya, akan berhijrah ke Kanada bersama keluarganya kerana mendapat peluang pekerjaan yang lebih bagus di sana selama hampir enam tahun.

“Namun, kami akan kembali bersatu dalam tempoh waktu itu di sini dan terus merakamkan album ataupun mengadakan persembahan demi memenuhi permintaan daripada para peminat yang banyak menyokong kami selama ini,” katanya pada satu pertemuan baru-baru ini.

Sememangnya sambutan para peminat pada konsert di Lambang Sari itu agak mengejutkan kerana tanpa banyak publisiti daripada media massa ataupun iklan tetapi mereka berjaya menarik ramai peminat pada konsert yang mengenakan tiket berharga RM35 itu.

Jelas Loque, antara faktor kejayaan Butterfingers itu ialah mereka banyak menggunakan medium Internet termasuklah laman sesawang dan blog bagi menarik para penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada peminat setia mereka sejak dari dulu lagi.

Malah, pada konsert dua hari berturut-turut itu, sebanyak dua persembahan diadakan pada setiap hari dengan menampilkan tema dan konsep yang berbeza di mana untuk menyaksikan empat persembahan itu harga tiket yang dikenakan cuma berharga RM120.

Konsert yang diterbitkan oleh syarikat mereka, Butterworld itu ternyata telah memberikan kepuasan maksimum kepada para peminat Butterfingers yang mahu membuktikan bahawa mereka masih relevan sehingga kini.

“Selepas 16 tahun terbabit dalam bidang muzik, para peminat kami tentunya dapat melihat perjalanan muzik kami yang bercabang-cabang.

“Kami ibarat sebuah sungai yang mengalir. Walaupun ada yang membawa haluan sendiri tetapi ia tidak lama dan akan bersatu juga pada satu-satu masa,” ujarnya.

Pada masa sama, pemilihan Lambang Sari sebagai lokasi konsert Butterfingers itu sedikit sebanyak mencetuskan tanda tanya di kalangan para peminat kerana selama ini ia sering diadakan di kelab-kelab ataupun pentas terbuka.

Tambah Loque, Butterfingers sepakat memilih Lambang Sari sebagai lokasi terbaru persembahan mereka itu kerana mahu bertukar angin biarpun tempat tersebut lebih sinonim dengan persembahan teater dan kebudayaan.

“Kami rasa tidak salah buat konsert di Lambang Sari. Kami pun mahu tukar angin juga. Bagi saya, Istana Budaya bukan setakat untuk persembahan kebudayaan tetapi fungsinya juga haruslah diperluaskan kepada genre muzik lain.

“Banyak pengalaman yang kami dan para peminat kami peroleh dengan mengadakan persembahan di situ. Kalau di kelab malam hanya penonton berusia 18 tahun ke atas yang dibenarkan masuk tetapi di sini tiada had umur.

“Jadi, para peminat kami yang berusia belasan tahun juga berpeluang menyaksikan persembahan kami. Secara tidak langsung ia akan mendedahkan lagi generasi muda kepada aktiviti-aktiviti di Istana Budaya pada masa depan,” katanya.

Vokalis Butterfingers, Emmett pula terkejut dengan sambutan para peminat pada konsert terbesar yang pernah mereka anjurkan itu walaupun ia mengenakan pakej harga tiket yang boleh dikatakan agak mahal pernah dikenakan oleh pemuzik independent tempatan setakat ini.

Namun, harga tiket tidak menjadi halangan buat peminat kerana ia cukup berbaloi dengan persembahan Butterfingers yang menyampaikan seleksi lagu-lagu daripada album pertama mereka berjudul 1.2 Milligrams pada 1996 sehinggalah album terbaru, Kembali (2008).

“Konsert ini seakan-akan mengimbas semula kenangan Butterfingers menerusi album-album yang pernah kami hasilkan sejak 1996 sehinggalah 2008.

“Banyak evolusi yang boleh didengari dalam lagu-lagu kami yang dipersembahkan pada konsert kami ini,” katanya.

Menerusi persembahan itu Butterfingers memperdengarkan gaya evolusi muzik mereka hasil kombinasi rock, grunge, tradisional Melayu dan pop yang begitu unik kerana ia bukti kematangan kumpulan ini di persada muzik tempatan.

Tambah Emmett, konsert itu juga seolah-olah memberi semangat dan mampu menjadi pengubat rindunya terhadap bidang muzik kerana selepas ini dia bersama isterinya, Terrina Hussein dan anak perempuannya, Isabel Ines akan menetap sementara di Kanada.

Katanya, pada waktu menetap dan bekerja di negara itu, beliau tetap akan berhubungan dengan anggota-anggota Butterfingers yang lain demi kesinambungan kerjaya muzik mereka pada masa depan.

“Saya tidak mahu melepaskan peluang bekerja di sebuah syarikat insurans di Kanada kerana tawarannya agak lumayan. Selain itu, saya juga mahu menimba pengalaman di sana. Suatu hari nanti saya akan pulang juga ke Malaysia dan akan terus bersama Butteringers,” jelasnya.

Selain Loque dan Emmett, Kadak dan Loco pula akan meneruskan kesinambungan Butterfingers dengan terus mencipta lagu-lagu terbaru mereka dan bekerja sambilan sementara menanti masa yang sesuai meneruskan aktiviti bersama kumpulan itu pada masa depan.

Bagi para peminat yang mahu menghubungi Butterfingers sila hantarkan emel menerusi kadax@butterfingers.com.my

sumber : UTUSAN

Keputusan Anugerah Juara Lagu 23 (AJL 23)


Long live indie!! Seperti yang diharapkan ramai, underdog Meet Uncle Hussain dengan karya “Lagu Untuk Mu” muncul Juara Lagu tahun ini dalam Augerah Juara Lagu 23 (AJL 23), meneruskan trend yang dimulakan Estranged tahun lepas. Mereka juga meraih gelaran Juara Pop Rock.

Berikut adalah keputusan Anugerah Juara Lagu 23 (AJL 23):

Juara Lagu ke-23: “Lagu Untuk Mu” (Meet Uncle Hussain)
Juara Etnik Kreatif: “Persoalan Cinta” (Farawahida)
Juara Balada: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Juara Pop Rock: “Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
Persembahan Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)

Tahniah Kepada Para Pemenang Anugerah Juara Lagu 23 (AJL 23)

Meet Uncle Hussain Juara AJL




jika ada yang berfikiran pemenang Juara Lagu ke-23 ini kini mempunyai alasan yang lebih kukuh untuk besar kepala, kenyataan mereka ketika sidang media AJL23 malam tadi pasti mengecewakan.

“Kami melihat kemenangan kami malam ini sebagai rezeki. Tapi rating dan harga kami selepas ini masih sama lagi.”

Harap-harap jiwa indie mereka tidak akan ditelan populariti mainstream yang bakal dirasai.

Walaupun ada yang mempertikaikan kemenangan mereka, tapi bagi ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-23, komposer terkenal Azmeer, Meet Uncle Hussain, dalam satu perkataan, “bagus”.

“Mereka sebuah kumpulan yang perjuangkan muzik yang fresh, baru. Vokal Lan baik dan stage presence mereka mantap walaupun persembahan mereka bersahaja. Mereka adalah juara untuk perjuangkan lagu-lagu terkini.”

Audi Mok, komposer lagu “Sampai Syurga” yang memenangi kategori Balada di AJL23, berkongsi pendapat yang sama.

“Saya gembira mereka menang. “Lagu Untuk Mu” adalah lagu pertama yang saya dengar yang membuatkan saya ingin ada sejarah dengan mereka. It’s a truly Malaysian song. Bagi saya, panel juri memang berani untuk memilih lagu ini sebagai Juara Lagu. Kemenangan Meet Uncle Hussain has opened doors for me to do more things. I’m thrilled beyond words. Jika “Sampai Syurga” telah menang, saya akan gembira but it would be like what else is new?

Walaupun terpaksa menunggu 7 tahun, 3 bulan, 90 hari untuk menerima pengiktirafan seperti ini, namun semua penat lelah dan kekecewaan yang dilalui berbaloi akhirnya. Jika sebelum ini bukan main payah untuk menyakinkan penaja untuk melabur duit ke atas muzik mereka, kini duit kemenangan mereka akan digunakan sebaiknya untuk mengembangkan muzik mereka.

“Kami akan fokus pada material baru dan kami harap peminat muzik tempatan akan terus menghargai muzik indie. Sebenarnya kami langsung tak sangka yang kami akan menang. Mungkin sekarang trend untuk band. Tahun depan, siapa tahu. Tapi nampaknya mentaliti orang Malaysia semakin terbuka kepada benda-benda, muzik yang baru.”







Video Meet UnCle Hussain AJL 23