BAND indie Hujan mempertaruhkan dua album popularnya, Hujan dan Pagi Yang Gelap untuk mendahului pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 dalam enam kategori utama. Enam kategori utama tersebut ialah persembahan vokal terbaik dalam lagu (dua atau kumpulan baru terbaik), duo atau kumpulan terbaik, lagu terbaik, album terbaik, artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS serta artis serantau paling popular berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS). Ini diikuti oleh bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Aizat dengan empat pencalonan utama. Penyanyi berbakat ini bersandar kepada dua lagunya, Hanya Kau Yang Mampu dan Percubaan Pertama. Aizat dicalonkan dalam kategori persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru lelaki), artis lelaki terbaik, album terbaik dan artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS. Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen berkata, program itu bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi ianya juga menyediakan satu peluang kepada penggiat muzik serantau bergabung atas satu misi, iaitu muzik. Menurutnya, anugerah tahunan kali kesembilan yang berprestij dan gilang-gemilang itu melibatkan pemuzik-pemuzik dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. "Anugerah Planet Muzik merupakan platform terbaik untuk mengukur kehebatan, memperjuangkan hasil kerja, memperdengarkan kualiti muzik ke negara lain. "Anugerah ini juga membantu para penggiat muzik membawa muzik serantau dari tiga negara ke satu destinasi!" katanya pada sidang akhbar pengumuman finalis kategori-kategori APM 2009 di Kuala Lumpur, semalam. |
Hujan Maju Kehadapan - 6 Percalonan dari Anugerah Planet Muzik 2009 (APM)
Posted by
Malaysian Indie Entertainment
Wednesday, June 3, 2009
at
5:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment