BUNKfACE record


Bunkface bersama cewek2.
BUNKFACE





Kumpulan pop-punk remaja terhangat negara ini lawan tauke ke? Bukan apa, sebagai nama yang terhangat di dalam roster tersebut, tentulah Bunkface lebih disambut oleh industri berbanding rakan-rakan selabel yang lain, termasuk Reshmonu sendiri, pengasas RRecords dan juga bekas calon AIM, kerana beliau kurang aktif sejak kebelakangan ini.

Jurang populariti di antara Bunkface dan artis-artis lain mungkin melihat perhatian yang diberi label tak serata. Apa cerita Resh?

Jelasan tauke besar RRecords itu: “Ya! Memang Bunkface hangat malah mereka yang berpotensi sekali untuk mara ke Hollywood ataupun ke mana-mana ‘entertainment hub’ di luar negara. Itu sebabnya saya ambil mereka untuk label baru saya ini.

“Akan tetapi, gambaran lebih besar adalah untuk mengimbangi populariti dan daya tarikan Bunkface dengan artis-artis lain yang membawa personaliti, gaya dan bunyi yang lain-lain yang cukup menarik dengan cara mereka tersendiri, untuk menawan pendengar yang berlainan ‘taste’. Semua ada – semua citarasa ‘urban’ diketengahkan, dan di RRecords kami memang berfalsafah sebagai sebuah label ‘urban’.”

dipetik dan digubah dari : gua.com.my

YUNA resah !!!


Yuna terkenal dengan lagu Dan sebenarnya





Bukan cuba meninggi diri, jual mahal atau ego, namun Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 23, ternyata mempunyai prinsipnya sendiri dalam membina nama sebagai seorang penyanyi, pemuzik, penulis lirik dan komposer muzik Indie tempatan.

Tegas gadis bertudung yang semakin dikenali menerusi lagu Dan Sebenarnya ini, dia hanya akan memilih untuk membuat sesuatu persembahan sekiranya dia rasakan benar-benar perlu.

Sekiranya tidak, dia yang handal bermain gitar akustik ini lebih suka mendiamkan diri serta menjalani kehidupan seharian seperti biasa sambil meneruskan kerja-kerja pembikinan lagu di studio yang tidak pernah selesai.


"Pada saya, apa saja yang saya lakukan haruslah bergantung kepada keputusan peribadi saya sendiri. Malah, saya lebih suka menjalani kehidupan secara privacy berbanding populariti. Cara begitu lebih menyenangkan diri saya.

"Kalau orang sudah banyak kenal saya, ia mula membuatkan saya terasa kekok. Saya juga segan dan tidak suka melihat diri saya sendiri di kaca TV. Mungkin, saya perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan.

"Saya tidak nafikan segelintir artis Indie yang lain memang gemar meraih populariti yang sedemikian rupa. Mungkin mereka sudah memilih jalan yang seperti itu. Tapi, itu bukan saya. Saya lebih suka dengan cara begini," katanya .

Yuna ditemui sewaktu menjayakan penggambaran drama Cinta Sempurna untuk terbitan Oasis. Dalam drama tersebut dia telah menjadi dirinya sendiri dan membawakan lagu tema drama tersebut di dalam sebuah majlis hari jadi.

"Cinta Sempurna agak berbeza dengan Dan Sebenarnya kerana ia bersifat lebih dark dan melodinya pula lebih perlahan. Saya bercadang untuk memuatkan lagu ini dalam album studio saya nanti.

"Saya bercadang untuk keluarkan album studio saya itu nanti pada penghujung tahun ini. Ramai yang sudah bertanya bila lagi saya akan keluar dengan album. Tapi, saya tidak mahu melakukannya secara terburu-buru. Untuk apa saya buat album ini secara cepat sedangkan hasilnya tidak seberapa? Kalau boleh saya mahu hasil yang diperolehi daripada pembikinan ini nanti memuaskan hati saya.

"Sungguhpun begitu, saya sudah pun menyiapkan EP yang mengandungi 5 lagu iaitu Backpacking Around Europe, After Midnight, Dan Sebenarnya, Blue Sands dan Deeper Conversation.

"EP ini boleh mereka perolehi secara mail order menerusi laman myspace saya di alamat myspace.com/ yunaroomrecords," katanya pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini

dipetik dan digubah daripada : Murai.com.my