Bunkface ungguli Shout! Awards


Shout! Awards

Bunkface mengungguli kategori
anugerah Rockstar dan Break Out bagi kategori muzik selain anugerah The Ultimate Shout! Award. Tahniah .


Band indie, Bunkface mengungguli Shout! Awards yang julung kali diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan kemenangan 'hattrick' semalam.

Bunkface meraih anugerah Rockstar dan Break Out bagi kategori muzik selain anugerah The Ultimate Shout! Award.

Menurut vokalis dan pemain gitar kedua Bunkface Sam, bandnya tidak menjangkakan menerima 'durian runtuh' tersebut.

Lebih-lebih lagi katanya, para pesaing bagi dua kategori itu adalah hebat belaka.

"Anda boleh gunakan apa sahaja perkataan: teruja, 'happy', 'I am on top of the world'. Saya memang sangat gembira buat masa ini," kata Sam ketika ditemui di pasca parti Shout! Awards.

Selain Sam, Bunkface dianggotai oleh Paan (pemain gitar utama), Youk (pemain bass) dan Biak (Pemain Dram).


Bunkface di Shout! Awards


Bunkface

Sam menambah, rancangan band seterusnya adalah mengeluarkan album baru dengan 10 lagu baru tidak lama lagi.

source - mstar

0 comments: