Pure Vibracion Hidupkan Reggae

Love and peace semua!

Tolak tepi dulu fenomena “kopi reggae”. Sekarang, reggae buatan Malaysia yang sebenar tiba dengan kemunculan kumpulan Pure Vibracion yang keluar dengan album pertama mereka dua hari lepas.

Parti pelancaran album ‘Love And Peace’ yang berlangsung di Urban Attic, Capsquare itu serba ‘happening’ dengan warna-warna, bendera, jendela dan poster-poster hijau-merah-kuning yang melambangkan simbol universal reggae.

Pada sedara-sedari yang tak tahu, Pure Vibracion telah dikenenkan sebagai duta rasmi Malaysians for Peace, semestinya satu usaha amal yang dibiayai oleh Dato’ Mukhriz Tun Mahathir sendiri.

Persembahan pelancaran mereka memang hebat dengan satu showcase merangkumi satu album penuh kecuali dua lagu iaitu “Burning” dan “Keroncong”.

Single terawal Pure Vibracion yang sudahpun menduduki tempat teratas carta radio Inggeris tempatan, “Mi Gal”, turut dihidangkan secara live bersama dua single terbaru yang dijangka hit di awangan radio tanahair iaitu “Love” (featuring Liyana Estrella) dan juga “Pesan Nenek”.

Kata penyanyi utama Pure Vibracion, Joe, sebaik sahaja tiba di atas pentas: “Reggae music is about love, dan kami membawa mesej itu pada anda semua bukan malam ini sahaja tapi sepanjang hayat kami.”

Majlis yang dianjurkan Laguna Music itu turut menjemput kumpulan gegendang tradisi Aseana Percussion Unit selaku akta pembuka yang riuh dan bertenaga.

Jadi, tunggu apa lagi? Kepada peminat-peminat reggae semua, dapatkan pakej digital album ‘Love And Peace’ yang memuatkan 11 buah lagu reggae yang bermutu melalui laman web dan show-show mereka ataupun di kedai muzik kesenangan anda.

Jenguk-jenguk juga ulasan album Pure Vibracion , dan lawati mereka di laman purevibracion.com.

Pure Vibracion sememangnya bersungguh-sungguh dan bergaya sekali menghidupkan cara hidup reggae di Malaysia, dan mereka menjemput sambutan anda juga!


sumber - Gua.com.my

0 comments: